Monday, August 9, 2010

sampai bila melayu nak terus dipijak


PULAU PINANG 8 Ogos – Kira-kira 1,000 orang peniaga dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini esok bagi membantah tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan peniaga Bazar Ramadan berniaga di situ.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, langkah itu diambil selepas beliau menerima maklum balas daripada peniaga-peniaga Melayu yang tertekan dan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri.

“Kami akan berkumpul esok, dimulakan dengan sidang akhbar pukul 10 pagi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang menghalang peniaga Bazar Ramadan beroperasi di Komtar.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia telah wujud setiap kali Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Menurut Mohamed Ghani, beliau akan bertemu Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman esok bagi mendapat penjelasan sebenar mengenai keputusan PDC tersebut sekali gus membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Hanya dia (Mansor) harapan untuk membantu kami kerana dia ialah pemimpin Melayu tertinggi dalam kerajaan negeri.

“Kalau dia juga tidak dapat membantu, memang dia juga bersekongkol dengan DAP menindas orang Melayu,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Pengikut-ikut Saya